Kami dari Travel @ Tour Kota Bharu, Kelantan Malaysia, Singapore dan dari Medan Indonesia diraikan 3 hari dua malam di Betong, Yala, Thailand. Kumpulan ini diberi penerangan untuk membawa lebih ramai pelancong berkunjung Piyamit Tunnel di Betong tempat persembunyian terbesar Komunis Malaya. NewFriend Tour dari Tourist Guide Association of Songkhla diketua Tohong Saelee telah membawa kami ke lokasi-lokasi seperti Hot Spring, Piyamit Tunnel, Bandar Betong dan Jeram untuk bercanoe selama 2 jam. Sebelum itu kami dibawa menghirup udara sejuk di tanah tinggi Winter Flower Garden yang terdapat banyak bunga-bungaan pelbagai warna dan ada menyediakan tempat penginapan yang murah. Malamnya rombongan diberi persembahan kebudayaan dan penerangan dan bertukar cenderamata di Hotel terkemuka di Betong. Yala, Thailand. Ends. ECtvXpose. giburl.com Social network that PAYS you !
Keywords: Engelbert Humperdinck, Favourite Group, Broery Romantika, Jamal Abdillah, Hindi Insrumental, Travel Tour Malaysia, Kelantan, Johor Bahru, Kota Bharu, Thailand, Betong, Yala, Singapore, Medan, Indonesia
No comments:
Post a Comment